I made this widget at MyFlashFetish.com.

aku bertanya sendiri, mengapa aku begini, kenapa perjalanan hidup aku ditakdir begini, haruskah aku menyalahkan takdir atau menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu untuk mengubah takdir, aku sebegini dari dulu lagi sebelum aku mengenal erti kehidupan, diperlakukan sebegitu, bukan aku pinta tetapi terjadi kerana mereka, aku sendiri kekadang berfikir, mengapa mereka bahagia dan tidak aku, mengapa aku merana tidak mereka, aku mencari ketenangan hidup dan mencari kebahagiaan sejati namun aku tahu aku harus mengubah diri aku menjadi insan yang bernama insan, namun aku tidak mempunyai kekuatan untuk terus lakukan kerana aku lalai untuk melakukannya, harus aku kuat untuk terus menjalani kehidupan dan mengubah takdir aku menajadi lebih baik...lebih sempurna....
(petikan dari "cinta kita" nukilan Karlina)