I made this widget at MyFlashFetish.com.

::mentari muncul lagi::

tatkala aku menanti suatu hari yang belum pasti, hati ini terus diikat dengan kasih yang tak mungkin terjadi. menjadi insan sepertiku tidak semudah yang dilihat, tak semudah yang diteka, tak semudah yang diramal kerna hdiupku penuh dengan dugaan. adakah ini dugaan atau balasan atau kejahilan aku sendiri. sukar untuk dikatakan. sukar untuk dinilai. sukar untuk difahami. aku perlu berubah bukan untuk mereka tetapi ia adalah untuk diri..ya diri..diri AKU. aku pasti mentari muncul lagi bila tiba saatnya.

::satu pengalaman::

terdetik di hati tuk berbicara, aku terhimpit dengan rasa bsalah dek kerna berkata-kata, walaupun hati ku berkata ia tidak mengapa namun kerna penerimaan yang negatif ia telah disalah ertikan, aku menjadi serba salah kerana ia telah terjadi namun aku pasrah dengan apa yang terjadi....pengajaran yang dapat aku pelajari hari ini ialah...lebih baik diam dari berkata-kata...lebih baik angguk dari menggeleng, lebih baik mengia dari menidak...kerna sura kita terlalu kecil untuk di dengar kerna hati kita terlalu hina untuk dikongsi....hari ini telah mendewasakan aku kerna baru ku kenal yang mana kawan yang mana lawan....yang mana intan yang mana kaca...hari ini membuatkan aku menjadi lebih kuat dari sebelumnya, membuatkan aku lebih berani menempuh segala dugaan, ujian sememangnya "hidup mesti berani terima kenyataan"