I made this widget at MyFlashFetish.com.

4 Ramadhan

Tanpa disedari sudah 4 hari kita umat Islam berpuasa...
ermmm tahun nie mula puasa dengan keadaan sedikit kelam kabut.. bukan apa sehari sblm posa aku pi shopping dgn member2... hehehehe dan lagi tu...!
tahun nie juga aku berpuasa bersama-sama dengan anak buah aku...ermmm best gak bukan apa xdak makanan yang membazir kerana anak2 buah aku nie suka makan...Alhamdulillah xdak makanan yang xhabis...
hari ke-3 sahur aku dah tak lalu nak makan...aku bangun untuk minum ja...
(hehehhee leh diet sker)

Selamat Berpuasa


HIKMAH PUASA RAMADHAN
Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas


"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)


PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.
RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.A langkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.
Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.


Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.


Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:"

Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:
"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor." (H.R.Ibnu Khuzaimah)
Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.
Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.
Allah berfirman yang maksudnya:
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)
Nabi s.a.w.juga bersabda:
"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."
Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.
Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.
(s.al-Baqarah:185)

Nurina n Hazim

Anak anak buah ku yang terlampau 'baik' yang tak dengar kata.............

MERDEKA





Seratus Harijadi


aku nie payah jugak nak suka kat drama-drama di astro nie..bukan apa..byk yang menonjolkan cara hdp org kaya2 (tapi aku tgk gak...hehehehehe)... tapi ada 1 drama yg aku suka sgt tgk...n aku tgk b'ulang kali dr awal smpi abis ialah drama lakonan Dira...100 Harijadi.. entah knpa aku suka pun xtau...membanyangkan klau aku jadi Dira tu camne agaknya, xsggp aku menghadapi hari2 yang sama selama 100 hari...huhhh mencabar giler....

tapi bleh ke jadi kat alam realiti nihhh....

16 Ogos 2009




ermmm. tak tahu la...2 3 hari nie jiwang jer.. nak kata rindu xjuga..tapi terasa macam memerlukan perubahan pada diri..tapi sebenarnya yang org tak tahu pasal aku nie memang la aku nie jiwang karat gila..tapi ade time time tertentu jer..hehehehehe...ape pun aku gembira dengan kehidupan aku skrg...xtension mcm dulu dah byk ketenangan....

?


indah bila bersama orang yang kita sayang...masa akan berlalu tanpa disedari...
namun kepahitan akan dirasai bila berjauhan...


LoVe


"What about love? Don't you want someone To care about you? What about love? Don't let it slip away What about love? I only want to share it with you You might need it someday"

Anak Sapa Nie...?

hehehehe...comel tak?

KELAS 6


Nie Kelas 6... kelas paling mencabar sebab semuanya aktif-aktif...kelas yang tak akan sunyi kerana murid-murid kelas nie suka bercakap... tapi yang best nyer bila ngajar semuanya akan berinteraksi dengan aku... untuk kelas nie aku ajar mata pelajaran Bahasa Melayu.. Khairul menunjukkan prestasi yang baik ketika aku mengajar tajuk suku kata...dia boleh membunyikan hampir 70% suku kata yang diajar namun dia mempunyai masalah untuk menulis...yang lain-lain ok.. yang best nyer kelas nie masa 1 jam akan berlalu tanpa disedari...luv u alll...

Al-Fatihah...



Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dari Rabbani atau Mohamad Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggal dunia pada jam 11pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur setelah pengsan pada jam 10.30 agi kerana sakit jantung.
Allahyarham dilaporkan pengsan ketika menjalani penggambaran bagi rancangan Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Rakannya Azdan yang dipetik Berita Harian berkata bahawa jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Beliau yang popular dengan gelaran Ustaz Asri Rabbani dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Alfatihah untuk arwah dan takziah buat ahli keluarganya.... suka sangat dengar arwah bertakbir raya... dan alunan zikir-zikirnya di astro oasis setiap jam waktu solat...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan ahli syurga...
Amin, Ya Rabbal A'lamin....

H1N1

'H' bermaksud Hemagglutinin protein
'N' bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.

Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar.