I made this widget at MyFlashFetish.com.

Al-Fatihah...



Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dari Rabbani atau Mohamad Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggal dunia pada jam 11pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur setelah pengsan pada jam 10.30 agi kerana sakit jantung.
Allahyarham dilaporkan pengsan ketika menjalani penggambaran bagi rancangan Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Rakannya Azdan yang dipetik Berita Harian berkata bahawa jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Beliau yang popular dengan gelaran Ustaz Asri Rabbani dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Alfatihah untuk arwah dan takziah buat ahli keluarganya.... suka sangat dengar arwah bertakbir raya... dan alunan zikir-zikirnya di astro oasis setiap jam waktu solat...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan ahli syurga...
Amin, Ya Rabbal A'lamin....