I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin..
raya thn nie best sket..thn lepas xde baju raya..sbb semua bj yg ditempah dipakai sebelum raya...hehehehe...tapi thn nie raya sakan laaa tempah 3 pasang, beli 3 pasang...beg, kasut, hehehe semua baru..nie semua sbb anak2 buahku...setiap kali pi shoping tuk baju arith aku pun sangkut sekali...pengalaman yg best bila kali pertama raya dengan MDH,thn lepas time2 nie adik aku masih ngandongkn dia...melihat dia membesar di depan mata..sesuatu perkara yg xdpt digambarkn...luv u sooo much MDH...

Ramadhan

sekali lagi ramadhan hadir dalam hidupku...penuh dengan rahmatnta..namun aku terus menghadapinya dengan penuh kesabaran.. jauh lagi perjalanan ini untuk meniti setiap detik hari berganti...aku terus berdoa pada Nya agar permudahkan segala urusan ku di dunia dan di akhirat nanti...Engkau peliharalah daku..kerna sesungguhnya hambamu ini amatlah lemah...

teguran...sindiran.. n gurauan..!

kadang2 kita nie sukar nak bezakan diantara teguran, sindiran n gurauan... dalam kehidupan seharian, kita selalu menggunakannya...tanpa sedar atau pun sedar.. kita gunakan perkataan2 ini atau maplikasikan perkataan ini adalah sama sahaja...
bila dihayati maksud "teguran" : menurut kamus dewan ia adalah 1 kata2 utk menegur, 2 amaran; peringatan 3 nasihat, manakala "sindiran" ialah perkataan yang diucapkan utk mengejek org secara tidak berterus terang, dan "gurauan" ialah kata2 atau perbuatan untuk bergurau...
dalam maksud ketiga2 perkataan ini. Ia bergantung kepada cara seseorg individu itu mengadaptasikan dengan keadaan... walau bagaimanapun kita harus bijak dalam menilai perkataan2 ini bila ia digunakan, di mana ia digunakan, mengapa ia digunakan. kebijaksanaan dalam mertikannya membolehkan kita tidak bprasangka buruk terhadap penggunaannya..
janganlah kita selalu bersikap negatif dengan perkataan2 ini walaupun ia mgambarkan sebegitu.. kerana kita adalah manusia yg ada kalanya melakukn kesilapan yg kita sendiri tidak sedar, dengan teguran mgkn membolehkan kita berubah dengan sindiran membolehkan kita sedar kita telah tersilap langkah dan dengan gurauan membolehkan kita tersenyum... fikir2kan lahhhh

menanti saat itu...

menanti saat itu amatlah perit kerana hati aku semakin hari semakin berdebar-debar...aku melihat sesuatu yang tidak dilihat oleh orang lain, mereka tidak tahu apa yang aku fikirkan kerana mereka tidak tahu apa yang terjadi...aku menjadi seorang insan yang hanya menanti keputusan yang mana aku sendiri tidak tahu jawapannya...entahlahhhh aku sendiri tidak pasti...menanti saat itu manjadikan aku bagaikan insan "hanya satu persinggahan"

cinta kita

aku pernah lafazkan kata-kata ini pada seorang insan yang aku amat sayangi kerena dia aku telah banyak bkorban, dia kini milik orang namun aku masih sendiri...kami berbicara semula tentang masa lalu, mengimbas kembali kenangan dan peristiwa yang telah terjadi, nyata aku tewas kerna aku yang bersalah, aku melepaskan insan yang begitu sempurna...nyata cukup bertuah insan yang memilikinya, aku masih menyanyanginya kerna itu hingga kini aku masih belum dapat menerima hakikat dia kini milik orang....

pergi...

ketika saat aku mula menerimanya, dia pergi meninggalkan aku...saat ini aku telah sudi memaafkan dirinya, kini dia pergi tanpa berita...pagi itu masih dalam ingatan dia datang bertamu, berbicara seolah-olah tiada apa yang salah, saat itu aku tidak lagi menerima sebarang berita, adakah aku yang bersalah atau kerana aku dia tidak berkata-kata lagi...berikan satu kepastian agar aku tidak terus menanti dan menanti kepada sesuatu yang belum pasti....

Harith dah 5 bulan...

hazim, nurina n harith
















::sepi::

mengapa harus begini akhirnya perhubungan yang sekian lama disemai dan dibelai...aku mengharapkan sesuatu yang lebih dari ini, bukan hanya seketika, kenapa aku terus meniti jalan yang penuh duri ini, sedangkan aku mampu untuk terus pergi tinggalkan apa yang telah aku lalui, kenapa aku terus di sini menanti kepada dia yang tak pasti kenapa aku harus menangisi satu keluhan diri, yang pastinya memakan diri.... hanya aku dan dia sahaja yang mengerti apa yang terjadi...