I made this widget at MyFlashFetish.com.

LoVe


"What about love? Don't you want someone To care about you? What about love? Don't let it slip away What about love? I only want to share it with you You might need it someday"

Anak Sapa Nie...?

hehehehe...comel tak?

KELAS 6


Nie Kelas 6... kelas paling mencabar sebab semuanya aktif-aktif...kelas yang tak akan sunyi kerana murid-murid kelas nie suka bercakap... tapi yang best nyer bila ngajar semuanya akan berinteraksi dengan aku... untuk kelas nie aku ajar mata pelajaran Bahasa Melayu.. Khairul menunjukkan prestasi yang baik ketika aku mengajar tajuk suku kata...dia boleh membunyikan hampir 70% suku kata yang diajar namun dia mempunyai masalah untuk menulis...yang lain-lain ok.. yang best nyer kelas nie masa 1 jam akan berlalu tanpa disedari...luv u alll...

Al-Fatihah...



Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dari Rabbani atau Mohamad Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggal dunia pada jam 11pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur setelah pengsan pada jam 10.30 agi kerana sakit jantung.
Allahyarham dilaporkan pengsan ketika menjalani penggambaran bagi rancangan Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Rakannya Azdan yang dipetik Berita Harian berkata bahawa jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Beliau yang popular dengan gelaran Ustaz Asri Rabbani dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Alfatihah untuk arwah dan takziah buat ahli keluarganya.... suka sangat dengar arwah bertakbir raya... dan alunan zikir-zikirnya di astro oasis setiap jam waktu solat...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan ahli syurga...
Amin, Ya Rabbal A'lamin....

H1N1

'H' bermaksud Hemagglutinin protein
'N' bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.

Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar.

pagi yang indah


sukar untuk aku nyatakan betapa indahnya pagi itu, seperti biasa aku bangun seawal jam 5.30 untuk bersiap ke kuliah...pagi itu aku dan rakan-rakan akan menjalankan aktiviti gerko-sukaneka.. walaupun kumpulan aku kalah namun yang penting adalah semangat pasukan dan kerjasama pk1 menjayakan program ini..tahniah kepada ajk pelaksana dan semua pk1..

u all de best....

kelas En Khairazmy







Subjek yang memberi ideal baru utk kebun aku kat rumah....

Lawatan ke Bomba n Library
















pada 25 mac 2009 Program Pendidikan Khas Integrasi Bagan Serai telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Perpustakaan Bagan Serai, sebagai pendedahan kepada murid-murid dengan kemudahan yang terdapat di Bagan Serai. Lawatan ini telah dirancang oleh Encik Hairullizzaudin dan semua guru PPKI Bagan Serai. Semua murid yang mengikuti aktiviti ini amat teruja dan gembira.

Kenangan di Melaka




Picture lawatan pendidikan khas kat Melaka, pic nie masa br sampai... kami ke zoo Melaka, ia merupakan saat yang paling m'gembirakan dalam hidup aku...ketika berada di zoo aku telah menerima panggilan telepon yg memberitahu aku telah berjaya mengikuti kursus kpli-kdc pendidikan khas...Alhamdulillah berkat doa ibu bapa..dan juga rezeki mendidik murid-murid istimewa ini...luv u all...

Perkhemahan Insan-Insan Istimewa "Persis"





gambar-gambar semasa perkhemahan murid-murid pendidikan khas skbs yang telah diadakan pada 17-18 April 2009...terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini..kenangan ketika program sememangnya tidak dapat dilupakan..walaupun penat aku gembira sangat kerana projek pertama aku telah berjaya..hehehe ..TQ to pembantu pengurusan murid yang telah banyak membantu menyediakan makanan sepanjang program berlangsung...guru-guru n murid-murid yg dikasihi...luv u all 4ever

assalamualaikum...


nak berkenalan atau nak mengenali dengan lebih lagi..? layari lah blog nie selalu..hehehe...

pengalaman di ipda...kenangan-kenangan menjadi guru pendidikan khas.. dan lain-lain lagi

akan saya abadikan di dalam blog nie..